Majlis Pelancaran Novel Kanak-kanak

  • 15 Feb 2025
  • Perpustakaan Daerah Woodlands

Signature or Flagship Programme Fund

Dates : Tarikh
15 Feb 2025
Target Audience : Golongan Sasaran
All
Ticketed : Bertiket
Yes
Price for ticket : Harga Tiket
S$ 0.00
goh :
Yes
Guest of Honour :
DR MOHAMAD MALIKI OSMAN

Details of Organisation Butiran Pertubuhan

Company phone Number :
-

Details of Contact Person Perincian Pemohon

Email Address : Alamat E-mel
Murshidah_Hassan@moe.gov.sg & Junaidah_Rajab@moe.gov.sg

Objectives of Programme Matlamat Program

Programme objectives Matlamat Program

Dua novel kanak-kanak karya Puan Amanah Mustafi dan Puan Nur-El-Hudaa Jaffar akan dilancarkan pada Sabtu, 15 Februari di Perpustakaan Daerah Woodlands.

Synopsis Sinopsis

Dalam usaha kami untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Bahasa Melayu (MLLPC), telah bekerjasama dengan dua penulis tempatan untuk menghasilkan dua novel Melayu. Karya yang dihasilkan oleh Amanah Mustafi dan Nur-El-Hudaa Jaffar itu disasarkan kepada pembaca peringkat menengah rendah. Kami berharap usaha ini dapat terus menggalakkan pelajar untuk membaca karya-karya sastera tempatan. Yang berikut merupakan ringkasan cerita kedua-dua novel untuk rujukan:  a. Bukan Mimpi oleh Amanah Mustafi: “Bukan Mimpi” ialah fiksyen sejarah yang menggambarkan masa lalu Singapura melalui kaca mata seorang budak lelaki bernama Rudi. Rudi mengalami satu keadaan misteri apabila dia dibawa dari alam masa kini ke beberapa era kehidupan masa lampau. Mampukah Rudi hidup dalam zaman lalu yang begitu berbeza – dengan peperangan yang memusnahkan negara, makanan  yang sukar diperoleh dan kanak-kanak yang terpaksa hidup tanpa kewujudan sebarang skrin digital? Rudi mahukan semula kehidupannya yang lama, tetapi dia tidak menemui penghujungnya. Namun, yang pasti, pengalaman misteri itu telah benar-benar mengubah dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik. b. Kecoh Di Lereng Bukit oleh Nur-El-Hudaa Jaffar: Asiah, seorang gadis berusia sepuluh tahun, menemui David yang cedera setelah melarikan diri daripada penculiknya. Kehidupan Asiah yang tenang di lereng bukit menjadi huru-hara apabila dia terpaksa berhadapan dengan abangnya yang sentiasa bersikap sangsi, David yang ragu-ragu kerana bimbang akan keselamatan keluarganya, dan orang asing yang tiba dengan niat yang tidak jelas. Keputusan yang dibuat oleh Asiah dalam sekelip mata telah mengakibatkan beberapa rahsia terungkai dan kesudahan yang tidak disangka-sangka. Asiah sendiri menerima berita yang meluluhkan hati. Berlatarbelakangkan sejarah Singapura, seawal kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, empat orang kanak-kanak menyedari perkaitan antara kemerdekaan, usaha, dan integriti semasa mereka berusaha untuk memperbaiki kehidupan orang-orang tersayang.

Back to Events Acara

Go top